The Importance Of Radio Campus | PUTRA FM
» ARTICLE » The importance of radio campus

The importance of radio campus

Radio kampus atau radio kolej adalah radio berasaskan prinsip radio komuniti, yang menjadi platform latihan untuk pelajar-pelajar universiti menyampaikan maklumat secara kreatif. Bagaimanapun timbul persepsi yang mendapati medium tersebut agak kurang produktif dan diurus secara kurang berkesan. Justeru, menjadi antara punca minat warga kampus yang rendah untuk mendengar siaran radio kampus. Apakah cabaran dan usaha yang perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kemampanan radio kampus khususnya dalam era media baharu?

Fungsi asas radio sebagai saluran komunikasi untuk menyampaikan ilmu tidak pernah dipinggirkan. Perkara asas tujuan komunikasi ini jelas ditekankan di dalam al-Quran iaitu sebagai ‘penyampai maklumat atau basher, bagi memenuhi kehendak dan keperluan seseorang’ (Humaizi, 2018). Nabi S.A.W. dalam riwayat al-Bukhari telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.”

Dalam konteks Malaysia, kebanyakan universiti menubuhkan stesen radio untuk tujuan pendidikan. Menyediakan kemudahan teknologi seperti radio di kampus adalah suatu pelaburan dalam membangunkan kemahiran komunikasi pelajar (Norazimah Abd Rashid, Liana Mat Nayan & Aruna Raj A / P Devarajoo, 2016) dan kemahiran sosial.

Teknologi Internet dan streaming, telah meningkatkan penubuhan banyak stesen radio dari pelbagai jenis pemilikan dan saiz operasi. Inovasi ini menyaksikan platform digital dan media baharu digabungkan untuk meningkatkan sumber manusia tempatan dan kebolehpasaran sesebuah radio. Radio kampus yang pertama diperkenalkan di Institut Teknologi MARA atau kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA. Stesen ini yang dikenali sebagai UFM, mula beroperasi pada tahun 1997 dari kampus utama di Shah Alam melalui frekuensi 93.5FM. Hari ini operasi UFM menggabungkan operasi radio berasaskan frekuensi dan streaming (Wan Admiza Wan Hassan, temubual, 2017). Radio PutraFM pula diuruskan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi Moden, Universiti Putra Malaysia. Ia merupakan radio kampus digital yang pertama di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh UFM. Ia diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Komunikasi UPM dan beroperasi di bawah Selangor FM melalui frekuensi 90.7FM (Mohd Nizam Osman, temubual, 2017).

 

Sumber rujukan:

Radio Kampus

Date of Input: 13/03/2024 | Updated: 16/05/2024 | nurfarahana

MEDIA SHARING

PUTRA FM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-97693742
-
S, (05:12:10am-05:17:10am, 27 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]