SERDANG, 7 MAC - Universiti Malaysia Sabah telah mengadakan lawatan kunjungan hormat ke Putra FM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia baru-baru ini. Kunjungan tersebut dihadiri oleh Dr. Intan Soliha Ibrahim (Pengurus, UMSfm), Pn. Feria Lee (Penerbit Rancangan) dan Pn. Norhazimah Radik (Penerbit Rancangan). Manakala, Encik Syaizwar Hazry Samsuddin selaku penerbit rancangan di Putra FM menerima kunjungan tersebut dengan hati yang terbuka dan telah berkongsi pendapat dan idea dalam menjadikan radio kampus sebagai penyalur maklumat kepada para graduan di setiap kampus.

Dari kiri, Pn. Norhazimah Radik, Pn. Feria Lee, Dr. Intan Soliha Ibrahim dan Encik Syaizwar Hazry Samsuddin.

Sesi pemberian hadiah dari USMfm kepada PUTRA FM.
Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | nurfarahana

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia