SERDANG, 10 JUN – Radio kampus Putra FM telah bersiaran luar sempena program perasmian Sedekad Muzium Warisan Melayu yang diadakan di Muzium Warisan Melayu, bermula dari pukul 8 pagi sehingga 4 petang.
Perasmian itu dihadiri oleh tetamu kehormat YBrs. Tuan Mohammad Muda Bahadin, Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara serta ahli pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK).
Pelbagai pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan mewarna si cilik, pertandingan teka kaca dalam botol, pertandingan teka-teki serta cabutan bertuah. Majlis juga turut dimeriahkan dengan reruai-reruai yang turut mempamerkan dan mendemotrasikan koleksi seperti pakaian tradisional, tanjak, makanan serta buku yang sesuai dengan tema ‘Merentasi Generasi, Mengenang Tradisi.’
Date of Input: 13/06/2024 | Updated: 13/06/2024 | nurfarahana

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia